Saturday, March 19, 2011

Sekadar Rintihan & Tazkirah Buat Semua Anak



Disebalik ibu dan bapa yang membuang anak, tidak kurang juga ceritanya anak yang membuang bapa. Hidup di dunia sememangnya akan menjadi roda kehidupan. Di atas dan dibawah adalah lumrah alam. Hidup hanya berpaksikan kepada 2 perkara. Kerana itu setiap perkara akan berlawanan sifatnya. Kalau diizinkan Allah SWT, kita akan kembali sebagaimana sebelumnya.

Maka benarlah sebagaimana pesan Datuk Uichi Gaban sering pesankan sebagaimana yang dipetiknya daripada Surah Yassin; "Dan barangsiapa yang dipanjangkan umurnya, maka akan dikembalikannya kepada asal kejadiannya, tidak kah kamu menjadi orang yang lebih berfikir?" (tafsiran arwah datuk Uichi Gaban)

Artikel sebelum ini mengenai datuk Uichi Gaban; Di sini dan di sini

Bukan menghina tetapi benar kata-kata orang tua melayu yang membela lembu sekandang lebih senang dan menguntungkan daripada anak sendiri. Ibu bapa mampu membela 10-20 anak sehingga besar. Tetapi belum tentu jumlah itu mampu membela seorang ibu dan bapa dari tua sehingga mereka mati.




0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►