Friday, March 18, 2011

Masalah Pembahagian Harta Banyak Tertangguh Kerana Masalah Ketiadaan Wasiat


Banyak pada masa ini kos terbuang disamping penangguhan pelaksanaan faraid disebabkan perbalahan anak beranak dalam merebut dan menjalankan mesyuarat pembahagian harta pusaka. Ini tidak dicampurkan lagi dengan masalah keluarga yang lain serta masalah dengki dan sebagainya. 

Ada juga nilai harta yang sedikit dan jumlah penerima yang banyak menjadikan bahagian sedikit menjadi sebab proses pembahagian ditangguh-tangguh. Orangnya sudah lama meninggal tetapi harta masih belum selesai dan ini menjadikan beban kepada yang sudah meninggal atas sebab kemalasan kepada penerima yang masih hidup kerana kos yang tinggi berbanding bahagian yang bakap diperolehi serta masalah yang dihadapi.

Sikit mana pun nilainya, bila ditangguh-tangguh, jutaan dam billion kerugian akan ditanggung dan banyak harta yang tidak dilupuskan akan menyebabkan kerugian kepada semua pihak.

Sistem faraid yang ditetapkan oleh Islam amat cantik tetapi pelaksanaannya kekadang menjadi masalah bukan kerana sistem pembahagian tetapi kerana kerenah manusia dan birokrasi. Malangnya, yang sistem baik ini akan tertangguh keadilannya. 

Antara penyelesaian kepada pelaksanaan sistem faraid atau pembahagian harta pusaka ini boleh dibuat melalui wasiat awal kepada penerima dengan melantik pentadbir yang akan melaksanakan selepas kematian pemberi harta (pewasiat). 

Pentadbir boleh dilantik dikalangan penyedia wasiat selaku pemegang amanah sementara atau pentadbir untuk menjalankan proses pembahagian harta-harta berkenaan. Pentadbir yang dinyatakan boleh dilantik dikalangan peguam, amanahraya mahupun syarikat tertentu mahupun antara kalangan keluarga yang dipersetujui.

Tetapi masalahnya tidak ramai mempunyai kesedaran untuk berbuat wasiat untuk menghalang kelewatan pembahagian harta  tersebut. Mungkin nak tunggu mati dulu dan tengok daripada bawah sana.

Selain daripada pembahagian harta melalui faraid yang boleh diwasiatkan secara awal semasa hidup, wasiat juga penting bagi pembahagian lain seperti hibah dan sebagainya.

Uichi Gaban pun nak kena buat ini juga sebab bila ramai bertanya, rasa memang perlu ini semua. Peguam pun tak pening kepala esok lusa.



0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►