Wednesday, March 9, 2011

Mahkamah Rayuan Malaysia Menangguhkan Rayuan Kes Mengedar Dadah Atas Sebab Teknikal


Putrajaya: Mahkamah Rayuan secara sebulat suara setuju menangguhkan rayuan jenayah berkaitan pertuduhan seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya yang mana Mahkamah Tinggi sebelum ini telah menyabitkan kedua-dua Perayu dengan pertuduhan dan dijatuhkan hukuman mati mandatori.

Mahkamah dimaklumkan oleh Peguambela Perayu Pertama, Encik GS Doe yang mana Peguambela Perayu Kedua iaitu Encik Hisham Nazir baru sahaja dilantik dan telah memfailkan Petisyen Rayuan diluar jangkamasa yang ditetapkan. Atas kebimbangan teknikaliti, pihak Peguambela Perayu Kedua akan memfailkan Notis Usul dalam masa terdekat.

Dalam masa yang sama, pihak Peguambela Perayu Pertama selaku pihak peguambela yang sama bertindak bagi Perayu Pertama di Mahkamah Tinggi memaklumkan Mahkamah mengenai Nota Keterangan yang daripada kes lain turut dimuatkan di dalam Rekod Rayuan selain daripada Rekod Rayuan yang tidak sempurna.

Atas alasan berkenaan, Mahkamah tidak mempunyai pilihan lain kecuali telah menangguhkannya dan menetapkan untuk pengurusan kes kelak.



0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►