Sunday, August 15, 2010

Orang Kena Tuduh Seksyen 39B Dipenjara 6 Bulan


Ipoh: Mahkamah Majistret menjatuhkan hukuman penjara selama 6 bulan ke atas seorang lelaki yang bekerja memandu lori atas kesalahan seksyen 15(2) Akta Dadah Berbahaya setelah membuat pengakuan bersalah pada hari ini.

Mitigasi dibuat oleh peguambela beliau, Encik Hisham Nazir dan beliau akan terus ditahan reman walaupun hukuman singkat itu akan tamat dalam masa terdekat memandangkan terdapat 6 pertuduhan lain bagi kesalahan merusuh, mengugut untuk membunuh selain beberapa kes dadah.

Beliau juga turut direman semenjak awal tahun ini bagi pertuduhan di bawah seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya dan akan didengar di Mahkamah Tinggi Ipoh.

Kes beliau antara kes yang menarik perhatian apabila beliau hanya direman selama 5 hari bagi pertuduhan di bawah seksyen 39B akta tersebut yang difikirkan amat terlalu singkat dalam kebanyakan praktikal reman di bawah seksyen 117 bagi kes melibatkan hukuman mandatori.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►