Thursday, July 8, 2010

Warga Indonesia Terselamat Dari Tali Gantung


PUTRAJAYA: Seorang warga Indonesia hari ini terselamat buat kali kedua daripada hukuman tali gantung apabila Mahkamah Rayuan mengekalkan hukuman Mahkamah Tinggi Pulau Pinang yang diputuskan pada tahun lepas selepas pihak Perayu/Pendakwaraya menarik balik rayuan terhadap sabitan dan meneruskan dengan rayuan terhadap hukuman.

Sofiyan bin Nik Hanafiah, seorang warga Indonesia ditangkap pada 10hb Mac 2002 dan dipertuduhkan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya yang mana memperuntukan hukuman gantung sehingga mati sekiranya disabitkan kesalahan. Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi memutuskan pihak pendakwaan hanya gagal membuktikan pemilikan sebenar dan mens rea possesion dadah tersebut kepada Responden.

Rayuan yang ditetapkan untuk pendengaran semalam ditangguhkan sehingga ke hari ini bagi memberikan ruang kepada pihak Perayu bagi mempertimbangkan beberapa isu dan beberapa kes duluan. Dalam rayuan hukuman oleh Perayu, Mahkamah Rayuan hari ini hanya menambah hukuman penjara selama sebulan bermula daripada hari ini bagi membolehkan hukuman sebatan yang telah ditetapkan oleh Mahkamah Tinggi sebelum ini dilaksanakan oleh pihak Jabatan Penjara Malaysia dalam masa sebulan memandangkan hukuman penjara selama 12 tahun yang dikenakan telah selesai dijalani oleh Responden.

Puan Siti Rafidah mewakili Jabatan Peguam Negara selaku Perayu manakala pihak Responden di wakili oleh Encik Hisham Nazir.

6 komen:

Anonymous said...

patut jarang nampak di sesyen dah.

Anonymous said...

ise..wah terer sungguh.tahniah wei..-dali-

SH said...

Criminal lebih relaks berbanding sivil. Ada nak pakai konsultan? Counsel? .. haha

pelbagai said...

Tahniah dan syabas sham, menyelematkan satu nyawa.

Eh bila pulak ye pesalah mengedar dan menjual arak ke tali gantung.

SH said...

Bila arak tu haram, ada la hukuman dasat. Arak la ni dilihat HARUS. Muslim boleh minum asalkan jangan kena tangkap. hahaha... apa nak jadi dengan aagama orang kita ni.

SH said...

indon ni call cakap makasih.. bagus!

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►