Monday, June 21, 2010

Pekerja Am Dan Tukang Jahit Dilepaskan Dan Dibebaskan Tanpa Dipanggil Membela Diri


IPOH - Mahkamah Tinggi hari ini telah memutuskan melepaskan dan membebaskan seorang pekerja am lelaki dan seorang tukang jahit wanita daripada membeladiri bagi pertuduhan melakukan pembunuh secara bersama pada 31 Julai 2007 ke atas seorang lelaki yang juga anggota polis dan suami kepada tukang jahit terbabit.

Dalam penghakiman yang lisan yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi, Hakim Mahkamah Tinggi turut memutuskan bahawa pihak Mahkamah yang Mulia telah dan terpaksa meneliti kesemua keterangan dan ekshibit-eskhibit yang terlibat di dalam kes ini secara amat mendalam memandangkan kesemua pembuktian adalah berdasarkan pembuktian mengikut keadaan semata-mata.

Setelah berpuashati dengan hujahan-hujahan pihak pendakwaan yang dibuat oleh Puan Azizah bte Ahmad dan pihak Peguambela iaitu Encik Hisham Nazir sebelum ini, pihak Mahkamah mendapati keterangan dan eskhibit yang ada tidak mencukupi untuk Mahkamah membuat inferen kepada kes. Malah pihak Pendakwaan juga gagal untuk membuktikan kesemua elemen-elemen pertuduhan di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan seterusnya gagal untuk membuktikan prima facie.

Pihak Mahkamah juga memutuskan bahawa adalah tidak selamat dan tidak adil untuk Mahkamah yang Mulia membuat apa jua spekulasi kepada keterangan mahupun ekshibit yang ada memandangkan keterangan mengikut keadaan yang sedia ada tidak mencukupi untuk OKT-OKT dipanggil membela diri, maka kedua-dua OKT dibebaskan dan dilepaskan tanpa dipanggil membela diri.

1 komen:

adibayor said...

Congrat & Very Nice Job, Mr lawyer!

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►