Wednesday, May 26, 2010

Kes Pecah Amanah Ditetapkan Untuk Bicara


Mahkamah Klang hari ini menetapkan satu tarikh bicara bagi satu kes pecah amanah yang dipertuduhkan semenjak 2008. Peguambela yang hadir bagi pihak Orang Kena Tuduh memaklumkan mahkamah yang Mulia bahawa beliau baru sahaja dilantik dan hari ini ditetapkan untuk Sebutan bagi perlantikan peguambela.

Sebelum ini, pihak pendakwaan ada memaklumkan kepada pihak Mahkamah yang Mulia bahawa tiada bukti jelas dan juga saksi mengenai kes ini. Bagaimanapun tarikh bicara ditetapkan untuk pendakwaan meneruskan kes mereka.

Dalam masa yang sama pihak pembelaan boleh mengambil langkah sewajarnya bagi mendapatkan dokumen-dokumen dan juga membuat representasi bagi pihak anakguam.

2 komen:

Anonymous said...

Kes ni yg budak supermarket yg lepas tu kan

SH said...

yang tu dah lama setel..

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►