Tuesday, March 9, 2010

Saksi Gagal Hadir Sambung Bicara Kes Bunuh

Mahkamah Tinggi Ipoh menangguhkan kes kepada hari lain apabila ahli kimia tidak dapat hadir pada hari ini walaupun telah dinantikan sehingga jam 3.30 petang. Waran tangkap juga tidak dikeluarkan apabila dimaklumkan oleh pihak Pendakwaan bahawa tiada kaki waran dikembalikan sebagai bukti serahan.

Bagaimanapun pihak pendakwaan menyatakan bahawa pihak saksi berkenaan akan hadir pada tarikh yang ditetapkan tersebut.

Setakat ini, 15 saksi utama telah dipanggil dan hanya tinggal dua saksi pihak Jabatan Kimia dan juga Pakar Forensik sahaja.

Mahkamah turut menetapkan tarikh khas bagi membolehkan pakar forensik hadir dan memberikan keterangan kerana hanya dimaklumkan lapang pada tarikh tertentu memandangkan beliau akan di bawa balik daripada luar negeri bagi memberikan keterangan dalam tersebut.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►