Monday, January 4, 2010

Mak Galoh, Bidan Kampung & Urut

Lama tak bercerita mengenai perubatan Islam mahupun tradisional. Kali ini saya ambil kesempatan untuk bercerita tentang seorang wanita tua yang pandai mengurut dan juga bidan. Memang susah nak mencari bidan dan urut wanita yang betul-betul pandai dan ikhlas dalam kerja terutama bila banyak perkhidmatan ditawarkan secara komersil.

Wanita yang saya ingin kongsikan bersama anda ialah seorang bidan kampung yang turut digunakan oleh beberapa tokoh Perubatan Islam yang dikagumi sekiranya melibatkan sakit puan, terutama bab mengurut wanita memandangkan tokoh-tokoh perubatan Islam kebanyakan lelaki.

Wanita tua ini dipanggil Mak Galoh oleh kebanyakan orang di sekitar Banting. Wanita yang dibesarkan dan mendirikan rumah tangga di Johor telah datang ke Olak Lempit sekitar awal 1940an setelah dicadangkan oleh bapa saudaranya yang masa tersebut telah mengambil sebidang tanah untuk beliau dan suami beliau di sana.

Atas alasan usaha tanah mereka di Johor banyak dimusnahkan oleh Gajah, maka tahun 1940an beliau dan suami serta anak beliau berpindah ke Olak Lempit.

Beliau mewarisi ilmu dan kemahiran perbidanan melalui ibunya yang juga seorang bidan. Beliau kini berusia 104-110 tahun dan masih mampu bangkit tetapi agak tidak larat untuk banyak berjalan dan menghabiskan masa di katil dan di dapurnya. Namun, tangannya masih mampu mengurut orang-orang muda. Satu kelebihan yang Allah SWT beri padanya.

Rumah beliau terletak di belakang Masjid Nurul Huda, Olak Lempit Banting Selangor. Boleh masuk ikut jalan tepi masjid tersebut dan keluar jalan belakang dan di hadapan rumahnya terdapat sederet rumah sewa milik anak beliau.

Tanya sahaja "Mana rumah Mak Galoh?"

8 komen:

Anonymous said...

TQ atas info yg berguna

Anonymous said...

at least dapek juo den cari bidan sini.

SH said...

Baru2 ni Geng Journal Kosmo ada hubungi saya untuk dapatkan info mengenai mak Galoh, harap perkongsian dalam paper hari tu akan memberikan kesan baik untuk semua...

Aleya said...

ada baca jugak dalam kosmo. ada share lah lagi tokoh perubatan sini. Awak boleh mengubat ker

Anonymous said...

Kalo tanyer memang dia kata takleh, try kalo nak tahu

SH said...

hahahha.. Itu provoke ke promote. Bukan bidang saya bab tu. Ramai rakan yang lain. Sila berhubung dengan mereka

zara said...

Salm cik sham..sy ryn..pelajar ipt tahun akhir...sy berminat utk mngetahui perihal mak galoh dengan lebih lanjut lagi berikutan sy bakal menghasilkan satu thesis budaya untuk semester ni...klau tak keberatan,boleh sy dapatkan maklumat lengkap seperti alamat dan num telefon mak galoh?maaf saya menyusahkan dan segalanya saya dahulukan dgn ucapan terima kasih

SH said...

Rasanya awak dah call saya berkenaan ini hari tu kan?

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►