Tuesday, October 13, 2009

Rayuan Jenayah Bagi Sabitan Dan Hukuman Ditetapkan Untuk Bicara Rayuan

Mahkamah Rayuan Malaysia hari ini menetapkan satu tarikh bicara rayuan jenayah bagi satu sabitan dan hukuman terhadap perayu-perayu bagi kes di bawah Akta Pencegahan Rasuah 1997 setelah berlarutan semenjak 2004 apabila Mahkamah Tinggi mengekalkan sabitan dan hukuman terhadap Perayu-Perayu dan dalam masa yang sama menolak rayuan pihak Pendakwaan.

Kes yang berdasarkan pertuduhan tahun 1999 tersebut dan dipertuduhkan setahun kemudian telah dirayu pada tahun 2004 dan pembicaraan rayuan hanya ditetapkan hari ini.

Bagaimanapun, tindakan firma guaman lama yang berhenti mewakili perayu-perayu dinasihatkan agar menyerahkan kesemua kertas kausa berkaitan kepada firma guaman yang baru sahaja dilantik mewakili perayu-perayu bagi kemudahan kesemua pihak.

Perayu-perayu tidak hadir dan diwakili oleh peguambela yang baru dilantik. Sementara wakil firma guaman terdahulu hadir tetapi tidak menunggu sehingga kes tersebut dipanggil ataupun membekalkan kertas kausa yang relevan dalam kes tersebut kepada peguambela yang baru.

1 komen:

Anonymous said...

kencang2

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►