Tuesday, October 6, 2009

Mahkamah Membenarkan Jaminan Kepada Penganggur Atas Pertuduhan Rogol Di Bawah Umur

Mahkamah Sesyen Petaling Jaya membenarkan satu jaminan ke atas seorang remaja berusia 18 tahun yang mana dituduh di bawah kes rogol bawah umur. Tertuduh yang baru sahaja menamatkan pengajian di satu pusat kemahiran di ibu negara kini masih menganggur dan membantu ibubapa beliau di Pasar Malam.

Tertuduh yang dibebaskan dengan jaminan polis hadir bersama ibu dan bapa beliau ke Mahkamah dengan baju kemas dan bersongkok. Pihak Pendakwaan juga membantah apa jua jaminan diberikan kepada Tertuduh memandangkan mangsa rogol adalah berdekatan dengan rumah Tertuduh dan risiko gangguan kepada saksi adalah tinggi terutama Tertuduh mempunyai hubungan dengan mangsa tersebut.

Bagaimanapun, Mahkamah setelah mengambilkira kelakuan dan kerjasama baik pihak tertuduh termasuk hadir ke Mahkamah walaupun di dalam jaminan polis bagi suatu kes yang amat jarang untuk pihak polis memberikan satu jaminan polis.

Selain daripada itu pihak Mahkamah juga mengambilkira faktor usia yang masih muda dan kerjasama yang diberikan menunjukkan beliau tidak akan melarikan diri daripada hadir ke Mahkamah yang Mulia.

Dalam menetapkan nilai jaminan, Mahkamah juga mengambilkira pekerjaan ibubapa beliau sebagai peniaga pasar malam di sekitar Rawang yang mana berpendapatan rendan dan menanggung 14 orang anak.

Mahkamah telah membenarkan jaminan dengan jaminan RM3,000.00 oleh seorang penjamin.

2 komen:

GuguGaga said...

tapi rekod jaminan rogol terendah masih dipegang oleh tuan lagi,RM500 di kl

SH said...

Siapa la agaknya yg dapat tu? Anak sapa la tu?

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►