Tuesday, June 23, 2009

Katanya Tak Pernah Buat, Tapi Mungkin Akan Mengaku Buat

Seperti pernah saya tulis dalam blog ini sebelumnya, setiap keadilan ada harganya. Ada harga berupa pengorbanan dan keberanian. Manakala selebihnya adalah kewangan. Tetapi masa juga memainkan peranan bagi mendapatkan keadilan.

Selaku peguambela, saya temui banyak kes yang mana kekadang kita dapat bayangkan bahawa dia seorang lurus dan tidak melakukannya. Jatuh Hukumnya dideraikan dengan air matanya yang bukan erti penyesalan tetapi keadilan tuhan yang beliau rasa dinafikan.

Saya pernah dimaklumkan dan amat percaya bahawa belau tidak bersalah. Tetapi kenapa. Katanya, kalau mengaku saya mungkin boleh keluar penjara dalam 4-5 bulan yang mana rata-rata ramai yang menukar pengakuan selepas 4-5 bulan di reman setara dengan 3-4 kali sebutan kes.

Berbanding jka beliau berkeras untuk mohon bicara, mungkin kes akan berlanjutan selama 1-2 tahun. Itupun kalau semua pihak bekerja dengan baik. Sebaliknya, tempoh reman akan sama dengan tempoh pelajar perubatan kita.

Bagi yang dijamin keluar, mungkin tiada masalah bagi mereka. Bagi yang direman atas sebab tiada wang untuk dijamin ataupun dinafikan jaminannya kerana sifat pertuduhan yang dikatakan amat berat dan prejudis keadilan untuk dijamin. Tetapi tidak pernah difikirkan yang amat prejudis Orang Kena Tuduh dilayan seperti dihukum sebelum keputusan bicara.

Maka jalan mudah... mereka mengakui pertuduhan dan akan keluar dalam masa terdekat dengan rekod yang akan kekal seumur hidup.

Cerita ini mungkin boleh ditambahkan dengan cerita seorang lelaki india di Mahkamah Majistret Petaling Jaya dahulu yang mana pernah direman selama 2 tahun atas urusan Pegawai Penyiasat yang gagal mendapatkan laporan kimia bagi dadah yang didakwa digunakan ke atas badannya. Selepas 2 tahun, Laporan Kimia menyatakan tiada dadah pernah wujud di dalam badannya semasa tangkapan.

Sebelum itu beliau melalak agar dijatuhkan hukuman kerana sudah lama di penjara. Tetapi tidak boleh diterima dan dijatuh hukum kerana kimia belum keluar. Kini laporan kimia sudah keluar, majistret selepas mengesahkan reman selama 2 tahun berpendapat bahawa kebenaran pendakwaraya untuk melucutkan pendakwaan adalah perlu. Ditangguhkan 2 bulan lagi. India itu meraung lagi. Tiada orang yang ingin menjaminnya. Dia seorang tiada perumah.

Perkara yang sama berlaku di Penjara Sungai Buloh, 2 beradik ini berkawan dengan seorang perempuan muda yang datang daripada family rosak. Semua beradik perempuan itu agak barai, kata mereka.

Tetapi pada masa kejadian yang dituduhkan, ada saksi menyatakan mereka di Kelantan dan Kedah. Bicara kesnya telah tertangguh dan tertangguh. Jaminan tidak dapat dilaksanakan atas masalah kewangan keluarga. Mereka daripada keluarga miskin. Family pula lebih sayangkan wang daripada soal masa depan anak-anak mereka. Mungkin sebagai pengajaran kepada mereka. Entahlah..

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►