Monday, March 16, 2009

Sehebat Perancangan Kita, Hebat Lagi Perancangan Allah SWT

Macam biasa, rancangan saya memang advance dalam serba serbi. Pelaksanaan kalau tidak melibatkan orang lain, pelaksanaan akan menjadi last minute semuanya. Bukan melibatkan sesiapapun. Minggu ini patutnya sibuk dengan pelbagai aktiviti anjuran Silat Seni Gayong yang bertembung dengan undangan kenduri yang berlambak ekoran cuti sekolah. Sibuk sungguh minggu ini, sibuk dok makan!

Tapi dok rancang dah, sibuk macamana pun nak ke Melaka juga minggu ini sebab nak jumpa seorang orang tua. Tak tahu masih sihat ke dia. Dia tidak dikenali kerana wajahnya yang kacak mahu bergaya. Harta melimpah jauh sekali. Tetapi ilmu yang ada padanya serta khidmat pada masyarakat itu yang menjadi bualan. Teringin nak jumpa dia sungguh ni!

Tup-tup isteri telefon daripada Kelantan kata nak balik Selangor pulak hujung minggu ni. Takper, bagus jugak. Teman makan kenduri la jawab dia. Program silat jalan juga. Itu pantang... pantang tinggal.

Masa yang nak habiskan ke Melaka terpaksa digantikan dengan aktiviti lain sebab Melaka takleh bawa anak isteri. Ada banyak kerja, nanti kecoh pulak.

Dok rancang punya rancang takboleh pergi kat kursus silat di Port Dickson dah minggu ni sebab sibuk sungguh kononnya. Sekali Teluk Kemang juga yang menjadi destinasi kami anak beranak menghabiskan masa minggu ini.

Itupun isteri siap tanya, "esok ada court ker? Kalau takde boleh tidur sini.."

Sebab sekarang diorang pakai rate cuti sekolah, maka jawapannya...

Ada kes esok!

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►