Thursday, March 12, 2009

Fatimah Rabu: Bukti Masyarakat Islam Malaysia Tak Cakna

Fatimah Rabu bukan se-gah nama wanita lain di Malaysia. Malah kisah beliau ramai yang mengetahuinya di sekitar Pulau Pinang kerana beliau makhluk hidup maka mustahil langsung tiada siapa tahu mengenainya.

Beliau bukan wanita hebat mahupun wanita besi dalam dunia penuh kemajuan ini. Beliau adalah isteri kepada penjaga kubur yahudi di Pulau Pinang. Kisahnya di pamerkan dalam Majalah Al Islam pada bulan ini. Itu pun kebetulan Al Islam menerokai kisah perkuburan Yahudi di Pulau Pinang dengan harap mendapat berita mengenai komuniti Yahudi di Malaysia. Lain yang di cari lain pulak kisah panas yang diperolehi.

Fatimah Rabu adalah wanita Islam yang dikatakan di bawa oleh Datuk beliau daripada kepulauan Indonesia bersama adik beliau. Datuk beliau menjual kain untuk menyara hidup. Fatimah Rabu telah berkahwin dengan orang tempatan dan dikatakan memperolehi 2 cahaya mata yang mana berugama Islam.

Menurut cerita, atas layanan buruk termasuk dihalau keluar oleh keluarga mertua beliau di Pulau Pinang setelah kematian suami, beliau hidup merempat. Ada seorang penjaga kubur Yahudi yang berbangsa India dan berugama Hindu menolongnya meneruskan hidup. Akhirnya mereka berkahwin. Islam dan Hindu bergabung tetapi amalan mana yang prevail ke atas keduanya. Hanya Allah SWT yang mengetahui.

Tetapi hati nakal ini berkata, sudah tentu hindu akan mendominasikan atas Fatimah Rabu. Buktinya, 7 anak mereka dan cucu-cucunya adalah beragama Hindu. Muka 100% mirip melayu. Kerana dalamnya darah melayu. Agama Hindu. Bagaimana pula dengan Fatimah Rabu semasa hidup? Apa amalannya? Adakah murtad? Adakah beliau mengamalkan Islam? Atau hanya pada nama?

Bukan Fatimah Rabu, suaminya atau anak-anak mahupun cucunya yang saya cuba tarik perhatian, tapi bagaimana masyarakat Islam tidak prihatin mengenainya dan membiarkan seorang Islam hanyut dalam kejahilan tanpa bimbingan.

Bagaimana satu masyarakat Islam mahupun badan berkuasa tidak mampu menolong kesusahan orang Islam sendiri.

Bukankah terdapat banyak badan-badan Islam yang tumbuh bagai cendawan semenjak 100 tahun dulu. Kan semenjak zaman Hang Tuah orang kita sudah bergegar bercakap mengenai perjuangan Islam..

Salahkah kalau saya katakan bahawa banyak badan Islam terutama badan kerajaan ini hanya kerjanya menunggu sahaja. Bagi mereka masyarakat ini putih selagi tiada laporan kepada mereka. Tidak kah mereka sedar bahawa badan dan agensi yang banyak ditubuhkan untuk bekerja. Mencari masalah dan selesaikan.

Sekarang sudah terbalik. Ada Kerja. Tapi tunggu masalah datang..

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►