Thursday, January 22, 2009

"Amit Amit Jabhang Bayik"

Betulkan didikan kepada anak dan betulkan kita untuk teladani mereka.

Bela lembu sekandang lagi untung dari susah bela anak, besar menyusahkan orang tua!

Dah baca surat khabar tentang cerita yang mana seorang bapa terpaksa saman anak di Mahkamah Syariah dan semalam ditetapkan bagi pemeriksaan kelayakan membayar saraan bulanan kepada Ibu bapa mereka?

Gitu sekali untuk dapatkan saraan bulanan. Pandangan aku dalam kes ini, bukan Ibubapa lapar duit diorang tetapi dari sudut untuk mendidik anak mereka sahaja. Selebihnya mungkin dendam dah mula timbul pada anak sendiri.

Aku sendiri pun rasa sedih bila anak dibesarkan dan dikahwinkan lepas tu ditukarkan nama rumah kepada anak menantu. Punya lah sayang ibubapanya pada anak dan menantu. Tetapi bila dijanjikan tinggal di situ, mereka pula dihalau dan dibiarkan hidup merempat tanpa belaan. Satu lagi rumah sendiri diberi anak, lepas tu kena bayar sewa pulak rumah yang lain tu.

Patutlah tanggang disumpah jadi batu. Tapi ibu bapa nak sumpah anak mereka jadi bankrap kot.

Dalam perdengaran mengenai perbelanjaan, si anak yang kerja sebagai pensyarah bergaji asas RM4,400 sebulan mengatakan gaji tersebut tidak cukup menampung perbelanjaan bulanan walaupun terpaksa di tampung oleh gaji suaminya. Siapa tanggung siapa ni?

Aku dapat perkataan jawa daripada satu laman blog "Amit amit Jabhang Bayik" apa itu? Sendiri mahu Ingat!



2 komen:

SH said...

Orang-orang jawa mana ni... sila terjemahkan ayat tersebut...

Anonymous said...

kicik-kicik aku bunuh kalau aku tahu

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►