Monday, October 13, 2008

Nasi Arab Pak Imam Mohd Adawi Taib

.

Kalau disebut Nasi Arab Daging atau sesetengah orang memanggilnya Bukhari Daging terutama di Kelantan, masing-masing menyebut kelazatan dan keenakan ramuan Nasi Arab yang biasanya dihidang oleh pihak Kerajaan Negeri Kelantan atau Yang Berhormat-Yang Berhormat di Kelantan. Adakah Nasi Arab tersebut dihidangkan kepada VVIP sahaja sehingga Nasi Arab tersebut jarang boleh didapati kecuali di majlis tertentu?

Nasi Arab yang dimaksudkan tersebut adalah ramuan rahsia buatan Mohd Adawi Taib seorang Imam Tua di Masjid Mukim Panchor, Kota Bharu yang dihasilkan daripada pembelajaran dengan orang-orang lama dan pengalaman beliau sendiri.

Sebagai Imam, masa beliau amat terhad dan tidak lagi menumpukan kepada perniagaan makanan. Kini beliau hanya membantu anak lelaki beliau di kedai makan mereka pada waktu lapang. Namun, bagi di sekitar Kota Bharu nama Pak Imam tersebut amat sinonim dengan masakan katering bagi majlis anjuran Kerajaan Negeri Kelantan mahupun ahli Exco Negeri.

Masakan beliau yang cukup diminati ramai dan mendapat permintaan berterusan ialah makanan berkaitan sup dan Nasi Arab. Malah setiap Jamuan Idilfitri anjuran Kerajaan Negeri Kelantan, Pak Imam Adawi akan mudah dilihat menyelia di bahagian katering makanan utama. Malah semenjak dua tahun lalu, Nasi Arab dijadikan makanan utama Rumah Terbuka Kerajaan Negeri Kelantan dan menu utama tersebut ternyata mendapat tarikan utama dan sering tidak mencukupi walaupun penyediaan yang dibuat melebihi permintaan Penganjur dan jumlah sepatutnya.

Kini dengan bantuan beberapa pekerja dan anak-anak beliau, tempahan boleh dibuat pada bila-bila masa. Sebarang tempahan boleh menghubungi beliau di talian: 013-9323885 / 013-9255289 (Pak Imam Adawi)

Rumah Terbuka Kelantan 2008

Ini lagi

Nota: Gambar Nasi Bukhari tu sekadar hiasa sahaja. Bukhari Ayam tu..



0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►