Sunday, May 18, 2008

Uchi Gaban Semakin Marah Dalam Tawa...

Sambungan pada cerita Uchi Gaban;

Pada petang 17.05.2008, Baja telah mem-SMS-kan sesuatu kepada Uchi Gaban; "Tukar Solex ke be?" satu pertanyaan yang mendatangkan seribu permulaan kepada apa jua.

Maka Uchi Gaban menelefon Ultraman Tiga (selepas ini dirujuk sebagai "Tiga) bagi mengenal pasti masalah Baja bagi memudahkan segala permasalahan dan salah faham di selesaikan secara baik.

Tetapi Tiga secara baik memaklumkan tiada apa jua permasalahan dan kekecewaan Baja diketahuinya walaupun pengalaman Uchi Gaban memberi tanda jelas bahawa Tiga tahu tetapi enggan mencampuri urusan hero kecil-kecilan.

Tapi Uchi Gaban tidak pasti sekiranya Tiga memang tidak mahu atau tidak dapat membantunya.

"Kawe tak tahu apa-apa pasal dia go nih ni.... Kae tgh nak ke Putra ni, nak cari tiket bas balik KELATE minggu depe" Tegas Tiga dengan menerangkan hala tujunya.

Atas janji Uchi Gaban kepada Tiga, satu SMS dikirimkan ke pada Baja; "Demo ada di rumah lepas pukul 10 malam ni?.. Kawe ada banyak benda nak bincang ni".

"Takdok, kawe odw (on the way) balik KELATE ni. Nak bincang gapo banyak?"
SMS jawapan diterima daripada Baja. Berminat pula kali ini untuk menjawab SMS Uchi Gaban walaupun pada 12.05.2008 Baja enggan menjawab telefon dan membalas SMS Uchi Gaban.

Uchi Gaban tersenyum apabila dua perkataan KELATE timbul dalam suasana situasi yang berlainan. Re Gestae bagi penciptaan alibinya rapuh bangat.

"Takper la. Jumpa hari Selasa" Jawapan Uchi Gaban kepada SMS Baja.

"Takpe la. Jauh lagi nak sampai Kelate ni. Buleh SMS. Gapo dia?.. Ternyata Baja berminat dan cuba memancing subjek utama daripada Uchi Gaban. SMS itu tidak dibalas dan di rasakan cukup dengan makluman bahawa Uchi Gaban akan mencari Baja pada hari Selasa.

Sebagai kawan baik, Uchi Gaban malas untuk memikirkan suatu yang negatif mengenai Baja. Biar dia menguruskan hal ehwalnya di Kelantan.

Tetapi Allah itu Maha Besar atas semuanya. Pada 18.05.2008, 8 orang budak silat Uchi Gaban di gradingkan di Pusat Latihan Persendirian Uchi Gaban dari jam 10.00 pagi sehingga 11.30 pagi. Manakala Boboi dan adiknya perlu dihantar oleh Uchi Gaban sendiri kerana bapa mereka bertugas di pagi Ahad.

Dalam perjalanan ke rumah Boboi itu, Uchi Gaban melihat jendela rumah Baja terbuka dan kedua-dua kenderaan bermotornya dalam keadaan tersimpan sementara.

Uchi Gaban tawa di dalam hati.


4 komen:

Rumah Kuning said...

Suspennye citer.Macam drama swasta pulak.Tak sabar rasanya nak tahu kesudahannya.

SH said...

hehehhee... kena tulis (C) ni. KOt CIkgu Panji keluarkan buku pulak. Rindu ko kedai Laksam panji la..

Dahlia said...

sronok baca jalan cerita. ringkas tapi sinis berterusan. Tp kata-kata agak berlapik. Semoga Allah permudahkan jalan bagi kamu semua

SH said...

Kisah Benar.

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►