Wednesday, February 7, 2007

Rayuan dapatkan hutang judi RM7j Osu dibenarkan

KOTA KINABALU 6 Feb. – Mahkamah Rayuan di sini hari ini membenarkan dengan kos rayuan dua kasino asing untuk mendapatkan semula hutang berjudi berjumlah RM7.1 juta bekas Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Osu Sukam.

Panel tiga hakim terdiri daripada Datuk James Foong, Datuk Abdull Hamid Embong dan Datuk Mohamad Raus Sharrif memutuskan bahawa hakim Mahkamah Tinggi terkhilaf dalam membuat kesimpulan bahawa untuk mendaftarkan penghakiman Mahkamah Tinggi England bertentangan dengan polisi awam di Malaysia.

Hakim-hakim itu turut mengetepikan dengan kos rayuan balas oleh peguam responden Sugumar Balakrishnan.

Seorang wakil bagi perayu, Alexa Brummer, Pengarah Komplians Ritz Hotel Casino Limited yang berpusat di London, kelihatan amat gembira Hakim Foong, yang mengetuai panel tiga hakim itu, membacakan penghakiman. Beliau diiringi oleh peguam dari Kuala Lumpur Ruben Mathiavaranam. Osu tidak hadir.
Ekoran penghakiman yang diperoleh oleh Mahkamah Tinggi England di mana responden gagal hadir di Mahkamah London berhubung cek tendang yang dikeluarkannya kepada kasino itu pada 2002, perayu membuat permohonan untuk mendaftarkan penghakiman itu di Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak pada 13 September, 2004.

Bagaimanapun, pada 5 Julai, 2005, Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Datuk Ian HC Chin, mengetepikan permohonan oleh kedua-dua kasino itu untuk menguatkuasakan penghakiman terhadap Osu bagi mendapatkan hutang judi RM7,142,859.98.

– Bernama

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post