Monday, June 12, 2023

[1455.23] KEADAAN PEKERJAAN, TEMPOH SESEORANG BEKERJA DAN GAJI ADALAH DIPERTIMBANGKAN DI DALAM KES PENAMATAN TIDAK ADIL SECARA PAKSA ‘DURESS’


Mahkamah menyatakan bahawa dalam kes seseorang yang menuntut bahawa penamatan kontraknya adalah secara paksa, Mahkamah perlu mengambil kira keadaan pekerjaan, tempoh bekerja dan gaji penuntut untuk menentukan bahawa ianya merupakan satu penamatan secara paksa. Ini boleh dilihat di dalam kes SHAMSUL RIZAL ARIFFIN V. NIBONG TEBAL LOGISTICS SDN BHD (AWARD NO. 451 OF 2017)
“Pihak Menuntut mendapat pendidikan sehingga Tingkatan 5 dan telah berkhidmat dengan syarikat selama 8 tahun. Memandangkan tempoh perkhidmatan yang agak lama ini dan juga mengambil kira taraf pendidikan beliau, sudah tentu beliau mempunyai pengetahuan mengenai hak-hak beliau sebagai seorang pekerja.”
OLEH: Maisarah Norkefli


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►