Tuesday, May 23, 2023

[1438.23] FAKTOR-FAKTOR YANG PERLU DIPERTIMBANGKAN SEBELUM JAMIN DIBENARKAN OLEH MAHKAMAH


Rujukan adalah kepada kes PP lwn Wee Swee Siang [1948] MLJ 114, di mana Hakim memetik daripada Mallal’s Criminal Procedure di muka surat 377, yang telah menggariskan 9 faktor untuk dipertimbangkan sebelum Mahkamah boleh menggunakan budi bicaranya dalam membenarkan jamin ke atas tertuduh:-
1. Sama ada terdapat atau tidak alasan yang munasabah untuk mempercayai tertuduh melakukan kesalahan itu.
2. Sifat dan berat kesalahan yang didakwa - sama ada serius atau tidak serius.
3. Keterukan (severity) dan tahap (degree) hukuman yang mungkin berlaku - bukan sahaja sifat tetapi melihat kepada keterukan juga.
4. Bahaya tertuduh melarikan diri - mahkamah akan meneliti sejarah tertuduh, perwatakannya.
5. Perwatakan, cara dan pendirian - sikap, rupa, sejarah.
6. Bahaya kesalahan itu diteruskan atau berulang.
7. Bahaya saksi diusik (tampered with).
8. Peluang kepada tertuduh membuat persediaan membela diri.
9. Tempoh penahanan yang lama terhadap tertuduh dan kebarangkalian tempoh penangguhan selanjutnya - contoh: pada masa apabila hadir di hadapan majistret, dia telah pun ditahan dalam tempoh yang lama, jika diberi jaminan, boleh menangguhkan supaya mahkamah mempunyai budi bicara untuk membebaskannya dengan jaminan.


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►