Tuesday, May 23, 2023

[1436.23] INDIVIDU YANG MENYEBABKAN SESEORANG YANG LAIN MEMBUNUH DIRI


Jangan merasa akan terlepas jika telah menyebabkan seseorang membunuh diri. Orang beranggapan selagi dirinya tidak melakukan kesalahan tersebut, oleh itu, dia boleh melepaskan diri walaupun kesalahan tersebut terjadi atas sebab tindakan atau perkataannya. Jika seseorang itu menyubahati seseorang untuk membunuh diri, dirinya boleh didakwa di bawah SEKSYEN 306 KANUN KESEKSAAN sepertimana berikut:-
306. Menyubahati kesalahan membunuh diri.
Jika seseorang melakukan kesalahan membunuh diri, maka barang siapa bersubahat melakukan kesalahan membunuh dir itu hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai sepuluh tahun, dan bolehlah juga dikenakan denda.
OLEH: Maisarah Norkefli


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►