Monday, April 3, 2023

[1393.23] SEKSYEN 15 AKTA KETERANGAN: FAKTA BERKENAAN DENGAN SOAL SAMA ADA PERBUATAN DILAKUKAN DENGAN TIDAK SENGAJA ATAU DENGAN SENGAJA


Seksyen 15 Akta Keterangan telah menggariskan berhubung fakta berkenaan dengan soal sama ada perbuatan dilakukan dengan tidak sengaja atau dengan sengaja dengan memperuntukkan bahawa apabila terdapat soal sama ada sesuatu perbuatan telah dilakukan dengan tidak sengaja atau dengan sengaja atau dilakukan dengan pengetahuan atau niat tertentu, maka, fakta bahawa perbuatan itu menjadi sebahagian daripada siri kejadian yang serupa dan orang yang melakukan perbuatan itu terlibat dalam setiap kejadian itu, adalah berkaitan.
Contoh adalah seperti di dalam kes Jaafar Shaari & Siti Jama Hashim lwn Tan Lip Eng & Anor [1997] 1 MLRA 605, di mana telah diputuskan bahawa laporan maklumat pertama (first information report) mengandungi pengakuan yang, berkaitan dengan tuntutan dalam tindakan sivil terhadapnya, ia boleh diterima dalam keterangan di bawah Seksyen 17, 18 dan 21 Akta Keterangan.


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►