Tuesday, March 28, 2023

[1377.23] SIASATAN ‘INQUIRY & INQUEST’


Siasatan merupakan satu proses untuk menentukan punca kematian. Merujuk kepada SEKSYEN 337 KANUN TATACARA JENAYAH:-
337. Siasatan hendaklah dibuat oleh Majistret.
Seorang Majistret yang menjalankan suatu siasatan hendaklah menyiasat bila, di mana, bagaimana dan apa caranya si mati itu menemui ajalnya dan juga sama ada mana-mana orang terlibat secara jenayah di dalam sebab-sebab kematian itu.
Walaubagaimanapun, siasatan ini bukan seperti perbicaraan dan tiada pihak pendakwaan atau pembelaan. Oleh itu, pihak Majistret tidak terikat dengan peraturan undang-undang keterangan ‘evidence act’ secara ketat. Merujuk kepada kes PP V SHANMUGAM & ORS [2002] 6 MLJ 562 di mana tugas Majistret adalah seperti berikut:-
“... to inquire "when, where, how and after what manner the deceased came by his death and also whether any person was criminally concerned in the cause of the death" (s 337 of the PC). The latter term of "cause of death" under s 328 of the CPC, which has an extendable meaning, would include any ascertainable medical cause of death, death caused by any unlawful act or omission on the part of any person. Precedents have also extended unusual cases to be subject to inquiries”
OLEH: Maisarah Norkefli



 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►