Wednesday, March 22, 2023

[1369.23] SEKSYEN 8 AKTA KETERANGAN BERKENAAN MOTIF, PERSEDIAAN DAN KELAKUAN YANG DAHULU ATAU YANG KEMUDIAN


Seksyen 8 Akta Keterangan memperuntukkan berhubung apa-apa fakta adalah berkaitan jika ia menunjukkan atau menjadi motif atau persediaan bagi mana-mana fakta persoalan atau fakta berkaitan. Ia melibatkan kelakuan atau fakta persoalan dalamnya oleh mana-mana pihak atau ejen terhadap mana-mana pihak dalam apa-apa guaman atau prosiding berkenaan dengan guaman atau prosiding itu, adalah berkaitan jika kelakuan itu mempengaruhi atau dipengaruhi oleh mana-mana fakta persoalan atau fakta berkaitan, dan sama ada kelakuan itu berlaku dahulu atau kemudian daripadanya.
Kes Thiangiah & Anor lwn. Public Prosecutor [1976] 1 MLRH 276 memutuskan bahawa terdapat empat peringkat dalam setiap jenayah iaitu:-
1. Niat untuk melakukan jenayah
2. Persediaan untuk pelakuannya
3. Percubaan untuk melakukannya
4. Pelakuan sebenar jenayah itu.
Niat untuk melakukan jenayah dan membuat persediaan untuk melakukan jenayah semata-mata bukanlah tindakan jenayah dan tidak boleh dihukum di bawah undang-undang. Hal ini kerana perlu kepada beberapa tindakan terang-terangan (overt act) lagi terhadap bahagian pesalah yang ditujukan kepada pelakuan sebenar jenayah dan yang serta-merta (immediately) dan tidak berkaitan (not remotely) dengan jenayah itu untuk membentuk percubaan dalam pengertian Seksyen 511 Kanun Keseksaan.


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►