Monday, January 9, 2023

[1360.23] HAK TERTUDUH SEJURUS DITANGKAP


Setelah ditangkap dan ditahan oleh pegawai polis, pegawai polis yang menjalankan siasatan hendaklah segera memaklumkan kepada waris tertuduh mengenai penangkapan dan penahanannya. Pegawai polis itu juga membenarkan tertuduh mempunyai akses untuk berunding dengan peguam pilihannya.
SEKSYEN 5(2) SOSMA 2012 selanjutnya memperuntukkan bahawa seseorang pegawai polis yang berpangkat Superintendan boleh memberi kuasa penangguhan tidak lebih daripada 48 jam untuk perundingan undang-undang jika terdapat alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa pelaksanaan hak itu akan mengganggu keterangan yang berkaitan dengan kesalahan keselamatan yang mana ia akan membawa kepada kemudaratan yang lain, kemungkinan orang lain yang disyaki telah melakukan kesalahan sedemikian tetapi belum ditangkap dimaklumkan atau ia akan menghalang pemulihan harta yang diperoleh akibat daripada kesalahan tersebut.
NOTA: GAMBAR SEKADAR HIASAN
OLEH: Maisarah Norkefli


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►