Monday, December 19, 2022

[1346.22] ADAKAH SEMUA KESALAHAN BOLEH DIJAMIN?


Hak untuk menjamin adalah berdasarkan kepada kesalahan yang dilakukan oleh tertuduh. Jika ianya merupakan kesalahan yang tidak boleh dijamin, maka jaminan akan ditolak. Tetapi Mahkamah mempunyai budi bicara untuk menentukan sama ada jamin boleh diberikan atau tidak. Manakala kesalahan yang boleh dijamin, tertuduh mempunyai hak untuk jaminan.
Merujuk kepada SEKSYEN 388 KANUN PROSEDUR JENAYAH yang memperuntukkan seperti berikut:-
388. Apabila orang yang dituduh dengan kesalahan tak boleh jamin boleh dilepaskan dengan jaminan.
(2) Jika kelihatan pada pandangan pegawai atau Mahkamah itu di mana-mana peringkat penyiasatan, siasatan atau perbicaraan, mengikut mana yang berkenaan, bahawa tidak terdapat alasan yang munasabah bagi mempercayai bahawa tertuduh telah melakukan kesalahan yang tidak boleh dijamin, tetapi terdapat alasan yang mencukupi untuk menjalankan siasatan selanjutnya terhadap kesalahannya, tertuduh hendaklah, sementara menunggu siasatan tersebut, dilepaskan dengan jaminan, atau, mengikut budi bicara pegawai atau Mahkamah itu, setelah ia menyempurnakan bon tanpa penjamin untuk kehadirannya seperti yang diperuntukkan selanjutnya.
NOTA: GAMBAR SEKADAR HIASAN
OLEH: Maisarah Norkefli


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►