Monday, December 19, 2022

[1342.22] KESALAHAN MENYEMBUNYIKAN HARTA CURI

 


SEKSYEN 414 KANUN KESEKSAAN memperuntukkan seperti demikian:-
411. Menolong menyembunyikan harta curi
Barang siapa dengan sengaja menolong menyembunyikan atau memindahkan atau menghapuskan apa-apa harta yang dia ketahui atau ada sebab mempercayai sebagai harta curi, hendaklah dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh yang boleh sampai tujuh tahun, atau dengan denda, atau dengan kedua-duanya;
SEKSYEN 414 KANUN KESEKSAAN hanya memperuntukkan jenayah menolong menyembunyikan atau memindahkan harta curi iaitu dua (2) jenayah yang berbeza dan bukannya satu jenayah menyembunyikan dan memindahkan harta curi.
Oleh itu, pertuduhan yang dibuat terhadap tertuduh perlulah jelas dan tidak menggabungkan dua elemen iaitu menyembunyikan dan memindahkan harta curi yang mana bertentangan dengan peruntukan SEKSYEN 414 KANUN KESEKSAAN yang memperuntukkan kesalahan bagi menyembunyikan atau memindahkan iaitu dua kesalahan yang berbeza.
NOTA: GAMBAR SEKADAR HIASAN
OLEH: Maisarah Norkefli


0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►