Monday, December 19, 2022

[1340.22] KESALAHAN DI BAWAH SEKSYEN 420 KANUN KESEKSAAN BAGI TINDAKAN MENIPU ATAU MENDORONG / MEMPERDAYA MANA-MANA INDIVIDU DENGAN SALAH SUPAYA DISERAHKAN DENGAN HARTA / DUIT


Intipati pembuktian bagi kesalahan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan adalah melibatkan tindakan tertuduh memperdaya orang lain, yang secara langsung tertuduh telah mendorong kepada (1) penyerahan harta kepada mana-mana orang, harta yang bukan milik tertuduh, atau (2) membuat, mengubah atau memusnahkan keseluruhan atau mana-mana bahagian keselamatan yang berharga, atau (3) apa-apa yang ditandatangani atau dimeterai dan boleh ditukar menjadi sekuriti yang berharga.
Contoh yang dapat diilustrasikan adalah apabila X telah dengan curangnya memperdayai Y sehingga menyebabkan Y menyerahkan RM7000.00 kepada tertuduh. Wang berjumlah RM7000.00 itu diserahkan kepada X atas dasar kepercayaan Y akan dapat memiliki salah sebuah rumah terletak di Taman Sentosa. Malangnya, Y tidak berjaya memiliki rumah tersebut walaupun RM7000.00 telah diberikan sebagai deposit untuk memiliki salah sebuah rumah di Taman Sentosa.
Di bawah Seksyen 420 ini, jika seseorang itu dituduh kemudiannya disabitkan dengan kesalahan, individu tersebut boleh dijatuhi dengan hukuman penjara selama tempoh tidak kurang satu tahun dan tidak lebih daripada 10 tahun dan boleh dikenakan dengan sebatan dan juga denda.



 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►