Thursday, December 1, 2022

[1326.22] PERTIMBANGAN MAHKAMAH SYARIAH DALAM MENENTUKAN KADAR BAHAGIAN HARTA SEPENCARIAN


Rasulullah mengakui bahawa pekerjaan yang dilakukan oleh suami isteri adalah merupakan tanggungjawab masing-masing, yang mana wujud padanya hubungan dengan apa yang diperolehi atau hasil yang didapati daripada pekerjaan itu. Maka, adalah munasabah dan wajar harta yang diperolehi sepanjang tempoh suami / isteri itu bekerja dijadikan harta sepencarian merujuk kepada tugas masing-masing sebagai suami atau isteri dan faktor lain seperti selagi tidak ada apa- apa bukti atau pengakuan bahawa harta-harta yang diperolehi itu adalah hak masing-masing sama ada daripada pemberian orang lain atau pusaka dan sebagainya.
Mahkamah dalam membuat pertimbangan berhubung kadar bahagian yang patut diperolehi isteri / suami, adalah melihat kepada sumbangan masing-masing ketika mendapatkan harta tersebut. Antara faktor yang yang diambilkira adalah dengan merujuk kepada Seksyen 122(2) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam 2002, (1) takat sumbangan-sumbangan yang dibuat oleh tiap-tiap satu pihak daam bentuk wang, harta atau kerja bagi memperolehi asset-aset itu, (1) apa-apa hutang yang terhutang oleh sebab salah satu pihak yang telah dilakukan bagi manfaat bersama mereka dan (3) keperluan-keperluan anak-anak yang belum dewasa dari perkahwinan itu, jika ada.


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►