Thursday, December 1, 2022

[1323.22] APAKAH ITU PEMBELAAN PERLINDUNGAN BERSYARAT (‘QUALIFIED PRIVILEGE’) OLEH DEFENDAN TERHADAP TINDAKAN PLAINTIF BAGI SAMAN FITNAH


Pembelaan Perlindungan Bersyarat ("qualified privilege") berdasarkan kepada kes Reynold's v. Times Newspapers Ltd [2001] 2 AC 127 adalah pembelaan yang terpakai dalam situasi di mana perkataan telah diterbitkan oleh seseorang yang mempunyai kepentingan atau kewajipan, undang-undang, sosial, atau moral, untuk menerbitkan perkataan kepada orang yang kepadanya ia diterbitkan dan orang yang kepadanya perkataan itu diterbitkan mempunyai kepentingan atau kewajipan yang sepadan untuk menerimanya.
Ini bermaksud bahawa sekiranya seseorang tersebut disebabkan oleh tugasnya atau tanggungjawab untuk memelihara kepentingan awam terpaksa mendedahkan sesuatu keburukan yang dilakukan oleh seorang yang lain dengan cara menerbitkan pernyataan-pernyataan atau perkataan-perkataan merujuk kepada seseorang individu, maka undang-undang akan memberi perlindungan yang bersyarat.
Perlindungan bersyarat hanya akan dipertimbangkan oleh Mahkamah apabila Defendan berjaya menimbulkan bahawa (1) ia adalah sesuatu perkara buruk tersebut yang benar-benar berlaku atau di dalam keadaan seseorang yang berhemah sejujurnya (in good faith) percaya ia berlaku dan/atau (2)engadu mempunyai tanggungjawab sosial yang terdapat kepentingan awam untuk melaporkan perkara buruk tersebut seterusnya (3) pelaporan ini adalah menghalang keburukan yang lebih besar.


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►