Wednesday, October 26, 2022

[1300.22] MAHKAMAH MEMPUNYAI BIDANG KUASA UNTUK MENAKSIR FI GUAMAN DI BAWAH SEKSYEN 126 AKTA PROFESSION UNDANG-UNDANG.


Berdasarkan seksyen 126 Akta Profession Undang-Undang:-
(1) Suatu perintah untuk penetapan sesuatu bil kos yang diserahkan oleh mana-mana peguam bela dan peguam cara boleh didapati dengan suatu petisyen lazim dibuat oleh pihak yang ke atasnya kena dipercajkan bil itu, atau oleh mana-mana orang yang bertanggungan membayarnya sama ada kepada pihak yang ke atasnya kena dipercajkannya atau kepada peguam bela dan peguam cara itu, pada bila-bila masa dalam masa enam bulan dari penyerahan bil itu, atau, oleh peguam bela atau peguam cara itu selepas tamat tempoh satu bulan kalendar, dan dalam masa satu tahun, dari penyerahan bil itu.
Oleh itu, Mahkamah mempunyai bidang kuasa untuk memberikan apa-apa perintah berkaitan tindakan berkenaan “taxation of cost” di bawah Akta Profession Undang-Undang 1976 dan menaksir fi guaman peguamcara. Hal ini untuk melindungi anak guam daripada dikenakan fi guaman peguamcara yang melampau dan tidak munasabah.
NOTA: GAMBAR SEKADAR HIASAN
OLEH: Maisarah Norkefli


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►