Friday, October 7, 2022

[1296.22] ADAKAH TALAK JATUH?

 Antara banyak soalan yang saya terima ialah "suami cakap macam ni.. adakah talak jatuh?"
"Saya cakap lagu ni, macamana bercerai ke?"
dan bermacam lagi soalan berkenaan samada jatuh atau tidak talak.
Semuanya saya jawab "tanya mahkamah".
Orang asyik marah jawapan saya. Izinkan saya jawab panjang sikit dan lain kali hadam dulu keadaan anda sebelum bertanyakan soalan dan menerima jawapan.
Samada talak atau jatuh, anda samada suami atau isteri kena buat pernohonan kepada mahkamah untuk pengesahan samada perceraian telah berlaku atau tidak.
Saya boleh menjawab sudut teori tetapi apa yang menjadi persoalan anda adalah praktikal semasa. Maka sila buat permohonan.
Sudut teorinya jika lafaz atau ayat digunakan adalah sorih/jelas maka talak akan jatuh biarpun tanpa niat. Namun tetap perlu dibuat pernohonan pengesahan cerai di Mahkamah.
Apatah lagi jika melibatkan tindakan atau lafaz yang melibatkan keperluan tafsiran sinis, sarkastik, kinayah, niat dan sebagainya maka satu penilaian penuh mahkamah diperlukan dan diputuskan samada perceraian telah berlaku atau sebaliknya.
Bila melibatkan soal praktikal dan keperluan penilaian mahkamah, maka elakkan bertanya tentang teori dan bergantung kepadanya walaupun pandangan ustaz dan ahli agama. Ini bagi mengelakkan salah faham dan kekeliruan kelak.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►