Kanun Keseksaan telah memperuntukkan hukuman bagi kesalahan mencabuli kehormatan seseorang yang mana telah dinyatakan di bawah Seksyen 354 dengan jelas bahawa adalah menjadi suatu kesalahan bagi tindakan menggunakan kekerasan jenayah (tanpa kerelaan individu tersebut dengan tujuan hendak menyebabkan dan bertentangan dengan undang-undang dan tindakan tersebut boleh menyebabkan ketakutan, kecederaan dan kegusaran) dengan maksud mencabul, boleh dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh sehingga 10 tahun dan denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman.
Dalam membuktikan pertuduhan yang dikenakan tersebut, beberapa elemen perlulah diberi perhatian iaitu pertama, mesti ada serangan atau penggunaan kekerasan jenayah ke atas seorang wanita, keduanya, serangan atau penggunaan kekerasan jenayah tersebut mestilah telah dilakukan, ketiga, penggunaan kekerasan jenayah adalah dengan niat untuk menacbuli kehormatannya dan terakhir sekali, tindakan tersebut dilakukan dengan pengetahuan bahawa kehormatannya akan dicabuli.
Selain itu, pertuduhan juga boleh dibuktikan dengan berlandaskan kepada keterangan konsisten mangsa dan saksi-saksi (jika ada) dan saksi mesetilah saksi yang boleh dipercayai (credible). Keterangan mangsa semasa di Mahkamah juga haruslah disokong dengan keterangan saksi-saksi yang dibawa.
Gambar sekadar hiasan
Izatul Nabila
0169647961
0 komen:
Dah baca sila bagi sepatah kata..