Wednesday, September 28, 2022

[1292.22] PRINSIP PENGHUKUMAN YANG SETIMPAL, MUNASABAH DAN WAJAR


Peranan Mahkamah adalah luas, selain mempertimbangkan keterangan-keterangan yang telah dikemukakan oleh saksi-saksi semasa prosiding, berpandukan kepada dokumen-dokumen yang relevan, Mahkamah juga perlu mematuhi beberapa prinsip dalam menjatuhkan hukuman ke atas tertuduh, bagi memastikan hukuman yang dikenakan ke atas tertuduh tersebut adalah wajar, munasabah dan adil serta pada masa yang sama memastikan hukuman adalah tidak berlebihan (excessive).
Antara pertimbangan yang sering dipertimbangkan oleh Mahkamah adalah sama ada hukuman akan dijalankan ke atas tertuduh secara serentak atau berasingan, merujuk kepada beberapa pertuduhan yang dikenakan ke atas tertuduh dan jika pertuduhan melibatkan mangsa yang berbeza.
Prinsip penghukuman yang betul adalah dengan menimbangkan sewajarnya mitigasi rayuan hukuman oleh peguambela perayu dan hujahan pemberatan hukuman oleh TPR yang bijaksana, selaras dengan panduan yang diberikan di dalam kes Bachik Abdul Rahman v. Public Prosecutor [2004] 1 MLRA 323. Antara faktor lain yang dipertimbangkan adalah faktor kepentingan awam berbanding dengan kepentingan peribadi tertuduh serta merujuk kepada prinsip-prinsip yang digariskan dalam kes Rex v. Kenneth John Ball [1951] 35 Cr App R 164, berserta fakta-fakta yang khusus dalam suatu-suatu kes tersebut. Jika tertuduh tidak berpuas hati ke atas hukuman diberikan, rayuan boleh difailkan dengan menyatakan alasan kepada hukuman yang dijatuhkan tersebut adalah terlalu berat (manifestly excessive) dan wajar diubah oleh Mahkamah yang mendengar rayuan.
Gambar sekadar hiasan
Izatul Nabila
0169647961


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►