Wednesday, September 28, 2022

[1288.22] POLIS BOLEH MENANGKAP TANPA WARAN


Pegawai polis boleh menangkap seseorang tanpa waran dalam keadaan-keadaan yang disenaraikan dalam Seksyen 23 Kanun Tatacara Jenayah:
I. orang yang telah melakukan, atau secara munasabah disyaki telah melakukan, kesalahan yang boleh tangkap (seizable offences);
II. yang mempunyai dalam miliknya, tanpa alasan yang sah, apa-apa alat untuk pecah rumah;
III. seseorang yang telah diisytiharkan di bawah s44 sebagai melarikan diri atau bersembunyi untuk mengelakkan waran tangkap daripada dilaksanakan;
IV. seseorang yang di dalam pemilikannya didapati apa-apa yang boleh disyaki secara munasabah dicuri atau harta diperoleh secara curang;
V. seseorang yang menghalang pegawai polis dalam menjalankan tugas atau yang telah melarikan diri atau cuba melarikan diri daripada tahanan yang sah;
VI. seseorang yang disyaki secara munasabah sebagai pembelot daripada Angkatan Tentera Malaysia.
Bagaimanapun, Seksyen 23 atau mana-mana seksyen tidak menghadkan kuasa polis untuk menangkap tanpa waran. Walau bagaimanapun, pegawai tersebut boleh menangkap tanpa waran seseorang yang melakukan kesalahan tidak boleh tangkap (non-seizable offences) apabila (1) orang itu enggan memberikan nama dan alamatnya atau (2) memberikan nama dan alamat yang dipercayai adalah palsu atau (3) memberikan alamat bukan dalam Malaysia.
NOTA: GAMBAR SEKADAR HIASAN
OLEH: Maisarah Norkefli


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►