Wednesday, September 28, 2022

[1286.22] PENDAKWA RAYA MENAWARKAN SAKSI KEPADA PEGUAMBELA


Terdapat beberapa kes apabila pihak pendakwaan memilih untuk tidak memanggil salah seorang saksinya dan mereka mungkin menawarkan saksi tersebut kepada pihak pembelaan. Adakah mereka mempunyai kewajipan untuk menawarkan?
Pendakwa raya tidak mempunyai apa-apa kewajipan untuk menawarkan saksi yang mungkin mereka tidak mahu atau mereka merasakan saksi tersebut tidak penting untuk kes itu. Mereka boleh memaklumkan kepada Mahkamah bahawa mereka ingin memadam saksi daripada senarai saksi.
Bagaimanapun, kewajipan akan ditanggung jika mereka menawarkan saksi kepada peguam bela. Pihak pembelaan ketika itu mereka boleh menyimpan saksi untuk kes mereka dan boleh memanggil saksi pada bila-bila masa semasa kes pembelaan. Di dalam hal ini, pihak pendakwa diwajibkan membawa saksi yang telah ditawarkan kepada peguambela dan kegagalan untuk membawa adalah serius “fatal” kepada kes pendakwaan. Hal ini kerana ianya akan menimbulkan isu kredibiliti saksi pendakwaan kerana perkara ini menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.
Peruntukan pada seksyen 114 (g) Akta Keterangan juga boleh digunakan. Dalam kes rayuan mahkamah PP lwn Yap Chai Yee & Anor [2015] MLRAU 366 , Mahkamah dalam penghakiman menyatakan dengan jelas bahawa, Ejen hartanah, KS Lim, telah disenaraikan sebagai salah seorang saksi pendakwaan dan dia ditawarkan kepada pembelaan. Setelah menerima tawaran itu, pihak pendakwaan gagal membawa saksi dan gagal menjelaskan ketidakhadiran saksi di mahkamah.
Kegagalan untuk mengemukakan ejen hartanah, KS Lim, telah melucutkan hak tertuduh untuk mengemukakan pembelaan lengkap dan ini memberi ruang kepada tertuduh untuk dibebaskan.
NOTA: GAMBAR SEKADAR HIASAN
OLEH: Maisarah Norkefli


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►