Wednesday, September 28, 2022

[1284.22] HUKUM BERWASIAT DAN KADAR WASIAT YANG DIBENARKAN OLEH SYARAK


Walaupun pada peringkat awalnya wasiat adalah diwajibkan bagi kesemua harta kepada saudara mara dan ibu bapa dengan merujuk Surah Al Baqarah ayat 180, namun, kewajipan ini telah dimansuhkan melalui Surah An Nisa ayat 11, 12 dan 176 bersama-sama hadis sahih mengenai harta pusaka, tetapi amalan berwasiat ini masih digalakkan oleh agama dengan mengehadkan kepada satu pertiga (1/3) daripada jumlah keseluruhan pemberian oleh orang yang berwasiat.
Kadar wasiat yang ditetapkan adalah satu pertiga (1/3) selepas menolak perbelanjaan dan kos pengebumian serta hutang ewasiat tersebut. Dalam keadaan apabila pewasiat mempunyai hutang yang berlebihan, memerlukan kepada untuk menjelaskan keseluruhan hutang sehingga jumlah yang hendak diwasiatkan habis, maka, wasiat tersebut tidak perlu dilaksanakan.
Jumhur ulama berpendapat wasiat kepada waris adalah tidak diharuskan, maka, menjadikan wasiat hanya boleh dibuat kepada yang bukan waris yang menerima bahagian harta di bawah peraturan faraid. Maka, hukum asal wasiat kepada waris adalah tidak sah kecuali jika waris-waris lain setuju dengan wasiat dibuat ketika pewasiat meninggal dunia, menjadikan pelaksanaan wasiat kepada waris bergantung dengan persetujuan waris lain.
Gambar sekadar hiasan
Izatul Nabila
0169647961


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►