Wednesday, September 28, 2022

[1281.22] ADAKAH KONTRAK SAH MELALUI KESILAPAN LAZIM


Di bawah seksyen 21 Akta Kontrak 1950 menyatakan bahawa jika kedua-dua pihak dalam sesuatu perjanjian berada di bawah kesilapan tentang sesuatu fakta yang penting kepada suatu perjanjian, perjanjian tersebut adalah terbatal. Merujuk kepada Ilustrasi (a) kepada seksyen 21 Akta Kontrak 1950 menyatakan bahawa A bersetuju untuk menjual B kargo barang tertentu yang sepatutnya dalam perjalanan dari England.
Ternyata sebelum hari perjumpaan bagi perjanjian, kapal yang membawa muatan telah ditinggalkan dan kesemua barang telah hilang. Kedua-dua pihak tidak mengetahui fakta tersebut.
Walaubagaimanapun, frasa "....KEDUA-DUA PIHAK tidak menyedari hakikat itu…." menunjukkan bahawa kedua-dua pihak mestilah tidak mempunyai pengetahuan. Apabila salah satu pihak mempunyai pengetahuan tetapi masih memasuki satu perjanjian, maka perjanjian itu sah. Sebagai contoh, dalam kes Ho Weng On v Bindev Sdn Bhd [2007] 7 MLJ 207, di mana Plaintif dan Defendan memasuki perjanjian jual beli pro forma. Setelah menandatangani perjanjian tersebut, Plaintif telah membayar deposit kepada Defendan. Menurut klausa 2 pro forma, Defendan sepatutnya memberikan perjanjian jual beli rasmi kepada Plaintif untuk pelaksanaan Plaintif.
Walaubagaimanapun, Defendan gagal berbuat demikian. Plaintif memulakan tindakan pelaksanaan spesifik “specific performance” dan selepas pemfailan tindakan ini, didapati bahawa harta itu sebenarnya telah dijual kepada pihak ketiga setahun sebelumnya. Defendan menggunakan alasan kesilapan lazim, maka kontrak itu tidak sah. Walaubagaimanapun, mahkamah telah memutuskan bahawa tiada kesilapan lazim dan kontrak itu sah.
NOTA: GAMBAR SEKADAR HIASAN
OLEH: Maisarah Norkefli


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►