Tuesday, September 13, 2022

[1279.22] APA ITU "SQUATTER" SETINGGAN?


Mengikut Aturan 89 Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980, penduduk haram tanah “squatter”adalah mereka yang telah memasuki atau kekal dalam pendudukan tanah tanpa lesen atau persetujuan pemilik tanahnya. Dengan merujuk kepada kes Lee Beng Lai & Ors lwn Tetuan Tokoyaki Property Sdn Bhd [2002] 3 CLJ 365, perayu-perayu telah mendakwa bahawa mereka telah diberi kebenaran untuk menduduki tanah tersebut oleh Pihak Berkuasa Negeri di bawah skim kampung baharu tertakluk kepada bayaran premium, cukai tanah dan ukuran tanah. Mereka juga telah menuntut hak dalam ekuiti untuk menduduki tanah tersebut. Mahkamah menolak permohonan itu dan Mahkamah berpendapat bahawa Defendan pertama sepatutnya mengemukakan keterangan atau mengemukakan surat daripada pihak berkuasa negeri atau pemilik tanah terdahulu untuk menunjukkan bahawa pendudukan awal defendan pertama dan pendudukan seterusnya di lot tersebut adalah dengan persetujuan dan kebenaran pihak berkuasa negeri atau pemilik tanah terdahulu. Oleh kerana Defendan pertama telah gagal untuk menunjukkan atau membuktikan dokumen di atas maka Plaintif berhak membuat pengusiran terhadap Defendan.
Kesimpulannya, untuk membuktikan bahawa seseorang tersebut bukan penduduk haram tanah “squatter”, mereka perlu mengemukakan bukti yang menunjukkan mereka berhak untuk kekal di tanah tersebut seperti mengemukakan kebenaran yang diberikan oleh pemilik tanah.
Dalam seksyen 425 Kanun Tanah Negara telah memperuntukkan kesalahan mana-mana orang yang menduduki suatu tanah tanpa kuasa yang sah telah melakukan satu kesalahan dan boleh disabitkan dengan denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 1 tahun.
NOTA: GAMBAR SEKADAR HIASAN
OLEH: Maisarah Norkefli


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►