Tuesday, August 23, 2022

[1252.22] Mahkamah Persekutuan tolak permohonan Najib


Putrajaya: Mahkamah Persekutuan sebentar tadi menolak permohonan Datuk Seri Najib Razak memasukkan bukti tambahan membabitkan Hakim Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali menerusi rayuan akhir kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.
Mohd Nazlan adalah hakim Mahkamah Tinggi (kini Hakim Mahkamah Rayuan) yang mendapati Najib bersalah terhadap tujuh tuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kuasa dan pengubahan wang haram dana SRC dan memerintahkannya dipenjara 12 tahun serta didenda RM210 juta pada 28 Julai 2020.


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►