Tuesday, August 16, 2022

[1248.22] ELEMEN PERLU DIBUKTIKAN PENDAKWAAN BAGI KES DI BAWAH SEKSYEN 302 KANUN KESEKSAAN


Elemen pertuduhan bagi kes terhadap tertuduh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan memerlukan kepada pihak pendakwaan bagi membuktikan beberapa elemen-elemen penting di bawah Seksyen tersebut. Perlulah diberi perhatian bahawa terdapat pelbagai situasi dan keadaan serta fakta yang berbeza (case by case basis) perlu dipertimbangkan bagi membuktikan pertuduhan di bawah Seksyen 302 ini.
Untuk membuktikan satu kes prima facie bagi kesalahan tersebut, pihak Pendakwaan hendaklah memenuhi elemen-elemen yang pertamanya, (1) yang perlu dipenuhi oleh pihak pendakwaan adalah mangsa telah mati. Kedua, (2) adalah kematian si mati adalah akibat daripada kecederaan yang dialami dan ketiga (3) adalah kecederaan yang dialami oleh si mati adalah akibat perbuatan tertuduh. Elemen ketiga adalah berkait dengan actus reus yang mana kecederaan yang dialami oleh si mati adalah disebabkan oleh perbuatan tertuduh.
Dalam membuktikan pertuduhan di bawah Seksyen 302 ni, kebergantungan kepada keterangan ikut keadaan [circumstantial evidence] dalam membuktikan kes prima facie adalah relevan, selaras dengan kes yang telah diputuskan PP v. Lin Lian Chen [1992] 1 MLRA 297 yang mana Mahkamah Agong menyatakan "It is trite law that where the prosecution is relying on circumstantial evidence the onus upon it is a very heavy one and that evidence must point irresistibly to the guilt of the accused. If there are gaps in it then that will not be sufficient".


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►