Wednesday, August 10, 2022

[1238.22] JENAYAH KOMERSIAL


Jenayah komersial meliputi jenayah seperti penipuan yang memperdaya seseorang atau syarikat untuk mendapatkan barang-barang dan wang melalui pemalsuan. Ia adalah disebabkan oleh ketamakan, jenayah biasa dan pekerjaan yang tidak menentu.
Antara contoh jenayah komersial yang sering dilaporkan adalah jenayah melibatkan penipuan kad kredit, penipuan e-banking, penipuan wasiat, penipuan insura, penipuan antarabangsa, penipuan cinta, penipuan bungkusan dan yang melibatkan jenayah siber.
Laporan kejadian jenayah boleh dibuat di mana-mana Balai Polis berhampiran atau dengan menghubungi infoline CCID yang dikendalikan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman (JSJK). Laporan aduan boleh dibuat dengan cara kehadiran di mana-mana Balai Polis berhampiran beserta bahan-bahan bukti dan semua dokumen yang berkaitan. Rakaman video dan gambar juga membantu dalam penyiasatan polis.
Langkah pencegahan bagi mengelakkan mana-mana individu terjebak di dalam penipuan komersial ini adalah dengan berwaspada dengan sebarang peluang keuntungan yang tidak bertulis, jangan mudah tertipu dengan urusjanji yang menjanjikan keuntungan berlipat kali ganda dalam masa singkat, sentiasa peka dengan kempen kesedaran yang dianjurkan oleh pihak berkuasa, membuat semakan dengan pihak berkuasa berkaitan.
Jangan berkongsi maklumat peribadi dengan orang yang baharu dikenali, pastikan anda berpengetahuan tentang teknologi (internet), lindungi maklumat akaun anda, buat semakan alamat kenalan yang baharu dikenali dari luar negara melalui internet dan jangan terpedaya dengan kata-kata manis.


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►