Thursday, August 4, 2022

[1227.22] PROSEDUR PINDAAN / PEMBATALAN TERHADAP PENDAFTARAN PENGANGKATAN SEDIA ADA


Pindaan terhadap pendaftaran pengangkatan tidak boleh dibenarkan jika ia melibatkan pemulangan dan pengangkatan semula De Facto, tetapi pengangkatan tersebut boleh dibatalkan dengan Perintah Mahkamah mengikut Seksyen 13(2) Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952 (Akta 253).
Seksyen 13(2) telah menyatakan dengan jelas bahawa bagi pindaan terhadap daftar, permohonan boleh dibuat oleh Peguam Negara kepada Mahkamah Sesyen bagi tujuan pembatalan atau pindaan terhadap pendaftaran pengangkatan sedia ada. Cara telah diperuntukkan oleh kaedah-kaedah yang di bawah pengelolaan Jawatankuasa Kaedah-Kaedah.
Seterusnya, setelah permohonan dipanjangkan, Peguam Negara kemudiannya akan membatalkan / meminda pendaftaran pengangkatan tersebut berturutan dengan kaedah-kaedah sedia ada. Mahkamah selanjutnya hendaklah menghantar suatu salinan perintah yang dibuat dalam tiap-tiap permohonan itu kepada Pendaftar yang mendaftarkan pengangkatan tersebut dan kepada Pendaftar Besar dan daftar itu hendaklah dipinda dengan membatalkan / meminda pendaftaran pengangkatan tersebut sekiranya Mahkamah memerintahkan sedemikian.


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►