Thursday, April 14, 2022

[1180.22] SAMAN SIVIL & PERTUDUHAN JENAYAH


Saman sivil terdiri daripada pelbagai isu (kausa tindakan). Ada saman fitnah, saman tidak bayar hutang, saman pencerobohan, kecuaian dan sebagainya. Kes sivil berbeza dengan kes jenayah.
Dalam kes jenayah, pesalah akan ditangkap, dan dituduh di mahkamah oleh pendakwa raya.
Pesalah akan lantik peguam untuk membela. Peguam tersebut dipanggil peguam bela.
Saman sivil pula membabitkan 2 pihak bertelagah. Yang menyaman dipanggil plaintif. Yang kena saman dipanggil defendan.
Saman sivil yang difailkan oleh plaintif akan diserah kepada defendan, untuk defendan hadir dan jawab isu yang ditimbulkan.
Saman adalah dokumen mahkamah yang biasanya panjang dan penuh perincian. Apabila anda menerima saman, jangan gelabah Ia belum bermaksud anda sudah bersalah. Ia bermaksud anda diberi peluang untuk jawab isu yang ditimbulkan.
Apa yang perlu dilakukan adalah buat nota ringkas mengenai jawapan anda, dan versi fakta anda. Buat kronologi cerita. Ia akan memudahkan peguam anda jika anda menggunakan khidmat peguam nanti.
Peguam akan menyusun strategi terbaik untuk anda. Mereka adalah profesional terlatih. Anda boleh mewakili diri sendiri tetapi dalam banyak keadaan, ia terbukti sangat menyukarkan.
GAMBAR SEKADAR HIASAN
NUR ZAHIRAH BAHARI
019-5658454


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►