Monday, April 11, 2022

[1170.22] TINGGAL KANAK-KANAK DALAM KENDERAAN


Seringkali kita dengar dan lihat di akhbar mahupun kaca tv kejadian kanak-kanak maut akibat ditinggalkan di dalam kenderaan. Ini adalah suatu kecuaian yang mana boleh menyebabkan seseorang didakwa.
Kecuaian individu meninggalkan kanak-kanak dalam kenderaan tanpa pengawasan adalah suatu kesalahan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001. Seksyen 31(1)(a) memperuntukkan mana-mana orang, yang merupakan orang yang mempunyai pemeliharaan seseorang kanak-kanak:-
(a) yang menganiayai, mengabaikan, membuang atau mendedahkan kanak-kanak itu dengan cara yang mungkin akan menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal atau emosi atau yang menyebabkan atau membenarkannya dianiayai, diabaikan, dibuang atau didedahkan sedemikian;
melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.
Ibu bapa atau penjaga yang didapati cuai dengan meninggalkan anak bersendirian di dalam kenderaan tanpa pengawasan boleh didenda RM50,000 atau penjara sehingga 20 tahun.
Pada 16 Mac 2021 lalu, seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun disahkan meninggal dunia akibat strok haba setelah empat jam ditinggalkan dalam kereta yang dipandu pengetua tadika di Taman Ria, Sungai Petani, Kedah,
GAMBAR SEKADAR HIASAN
NUR ZAHIRAH BAHARI
019-5658454


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►