Monday, April 11, 2022

[1164.22] ETIKA SEMASA MEMBERIKAN KETERANGAN DI MAHKAMAH


Semasa memberikan keterangan di Mahkamah, saksi digalakkan menggunakan bahasa yang mudah difahami, dan jika melibatkan bahasa selain daripada Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris, maka, jurubahasa bagi bahasa lain tersebut akan disediakan oleh pihak Mahkamah bagi memudahkan pihak-pihak.
Saksi perlu mengangkat sumpah di dalam kandang saksi terlebih dahulu sebelum memberikan keterangan, dengan cara mengemukakan kad pengenalan, kemudian mengangkat tangan kanan dan mengangkat sumpah dengan suara yang jelas dan kuat sebagai rekod Mahkamah.
Semasa keterangan diberikan, sebarang soal balas atau soal semula perlulah didengar dengan teliti dan jawapan perlulah diberi setakat mana soalan diajukan kepada saksi. Sebarang isu tidak jelas / tidak faham / tidak ingat, saksi boleh maklumkan kepada Mahkamah.
Keterangan oleh saksi semestinya mestilah suatu keterangan yang betul, sahih dan benar, kerana saksi pada awalnya terikat dengan sumpah yang telah diangkat semasa di dalam kadang saksi sebelum keterangan diberikan. Segala dokumen yang hendak dirujuk perlu di bawa dan sebelum rujukan dibuat, perlu mendapat keizinan Mahkamah dahulu.
NOTA: Gambar sekadar hiasan


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►