Wednesday, March 30, 2022

[1154.22] BEZA OKT DAN OYDS


Apabila seseorang itu ditangkap oleh pihak polis, Individu itu belum lagi menghadapi pertuduhan. Oleh itu, dia belum lagi dinamakan OKT (Orang Kena Tuduh) tetapi dia masih lagi seorang suspek atau OYDS (Orang Yang Disyaki). Ini kerana pihak polis masih dalam proses siasatan bagi mengumpul bukti dan keterangan untuk melengkapkan kertas siasatannya atau IP (Investigating Paper).
Apabila kertas siasatan pegawai penyiasat (IO) telah dirasakan lengkap, ia akan dikemukakan ke Pejabat Timbalan Pendakwaraya (DPP) di Jabatan Peguam Negara untuk arahan selanjutnya. Iaitu samada OYDS akan dituduh, atau IP dikembalikan untuk siasatan selanjutnya, atau DPP juga boleh memberikan arahan NFA (No Further Action) yang mana tiada tindakan pendakwaan akan dijalankan ke atas OYDS.
Apabila OYDS diarahkan untuk dituduh, pihak polis akan menghubungi OYDS untuk hadir bersama penjamin ke Mahkamah bagi menghadapi pertuduhan. Proses ini tidak lagi melibatkan IO, tetapi melibatkan Pegawai Pendakwa (PO) atau DPP yang akan mengemukakan kes di Mahkamah bagi kes yang lebih serius.
Sekiranya OKT tidak mengaku salah, maka kes akan dibicarakan di hadapan Hakim/Majistret yang berkenaan sehingga ia selesai.
GAMBAR SEKADAR HIASAN
NUR ZAHIRAH BAHARI
019-5658454


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►