Wednesday, March 30, 2022

[1139.22] PENTINGNYA KREDIBILITI SAKSI TUNGGAL


Dalam sesuatu kes yang mana mangsa merupakan satu-satunya saksi kejadian, sebagai contoh kes dibawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan, pihak pendakwaan akan bergantung sepenuhnya kepada keterangan yang diberikan oleh saksi tersebut. Saksi/mangsa ini akan mengesahkan bahawa semasa kejadian berlaku, tidak ada sesiapa yang berada di tempat kejadian dan melihat bagaimana kejadian tersebut berlaku (tidak ada saksi mata).
Sebagai contoh dalam kes PP lwn. Lim Po Seng [2021], saksi tunggal/mangsa memberi keterangan bahawa selepas kejadian berlaku, dia telah membuat laporan polis dan dalam laporannya dinyatakan bahawa kejadian telah berlaku pada jam 1.42 tengahari. Pada masa tersebut Responden dikatakan telah memegang tangan kanan saksi/mangsa dan meletakkan tangan saksi/ mangsa di bahagian kemaluannya. Selepas itu, Responden menarik saksi/mangsa ke hutan dan memberitahu bahawa Responden rindu dan sayangkan saksi/ mangsa tersebut. Responden kemudiannya dikatakan cuba memeluk saksi/mangsa, tetapi saksi/mangsa mengelak dengan melarikan diri. Dikatakan pada masa itu adanya rakan sekerja mangsa/saksi yang melihat kejadian tersebut.
Namun mangsa/saksi ini telah membuat pembetulan terhadap laporannya yang mana dinyatakan bahawa kejadian dikatakan berlaku pada jam lebih kurang 1.00 tengah hari, semasa saksi/mangsa duduk di atas bangku dalam kaunter berhampiran pintu masuk kaunter yang ketika itu sedang terbuka, Responden datang menghampiri saksi/mangsa lalu memegang pergelangan tangan kanan saksi/mangsa serta menghayunkan tangan kanan saksi/mangsa kekiri dan kekanan hinggalah belakang tangan saksi/mangsa telah terkena pada bahagian kemaluan Responden yang mana pada masa itu kemaluan Responden tegang.
Disini wujudnya percanggahan yang material di antara kedua-dua laporan dan wujudnya percanggahan yang material dalam keterangan saksi/mangsa di Mahkamah dengan keterangan saksi/mangsa semasa siasatan dalaman. Saksi/mangsa memberi keterangan dalam siasatan dalaman menyatakan Responden telah memeluknya. Sebaliknya keterangan di Mahkamah adalah bahawa tidak berlakunya kejadian di mana Responden telah memeluknya.
Dalam kes Ab Malik bin Atan v. PP [2002] memutuskan kewujudan percanggahan yang material dalam keterangan pengadu mewajarkan keterangan pengadu ditolak dan tertuduh hendaklah dilepaskan dan dibebaskan.
NOTA: Gambar sekadar hiasan sahaja


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►