Thursday, March 24, 2022

[1118.22] PANDUAN LAWATAN KE PENJARA BAGI KELUARGA / RAKAN TERDEKAT TERTUDUH


Tujuan lawatan dibenarkan adalah bagi memberi peluang bagi Tertuduh mengetahui perkembangan semasa, merancang persediaan awal bagi menghadapi masa depan atau setelah dibebaskan, meminimakan perasaan bosan dan terasing dari dunia luar dari penjara, dan memberi galakan supaya sentiasa mematuhi undang-undang dan peraturan penjara.
Antara syarat-syarat yang perlu dipatuhi adalah pelawat mestilah daripada ibubapa/isteri/anak-anak atau keluarga terdekat sahaja. Tempoh lawatan adalah cukup tempoh/tarikh seperti yang tercatat di dalam Kad Lawatan. Kad Lawatan (Hanya satu kad lawatan yang akan diberikan, melainkan atas permohonan banduan secara bertulis) dan Kad Pengenalan/Lesen Memandu/Pasport hendaklah dibawa bersama. Pelawat perlu berpakaian kemas dan sopan dan mematuhi peraturan-peraturan lawatan.
Namun, lawatan khas keluarga penghuni penjara telah dibatalkan sejak Mei 11, 2021, berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh kerajaan. Oleh itu, Jabatan Penjara telah menyediakan kemudahan sidang video melalui e-mel jabatan (Icewarp), yang hanya dibenarkan kepada keluarga Tertuduh/banduan yang membuat tempahan melalui penjara berkaitan saja. Tempahan adalah melalui dua kaedah iaitu panggilan telefon di institusi berkenaan dan e-mel, atau menghantar surat ke institusi berkenaan.
NOTA: Gambar sekadar hiasan sahaja


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►