Thursday, March 24, 2022

[1116.22] SAKSI MATA


Saksi yang melihat atau menyaksikan sendiri sesuatu hal, kejadian atau peristiwa
Seseorang yang melihat ataupun menyaksikan sendiri sesuatu hal ataupun peristiwa yang sedang berlaku seperti jenayah atau kemalangan disebut sebagai eyewitness.
Eyewitness ini adalah selalunya mereka yang berada di tempat kejadian ataupun berdekatan dengannya sewaktu peristiwa jenayah berlaku.
Sewaktu perbicaraan di mahkamah, saksi-saksi ini bolehlah memberikan keterangan tentang penampilan fizikal dan emosi tertuduh ataupun mangsa. Ini termasuklah pakaian atau kasut yang dipakai oleh tertuduh ataupun mangsa, sekiranya seseorang itu mempunyai tatu ataupun parut, ataupun jika seseorang itu mabuk ataupun tidak.
Selain itu, saksi-saksi ini juga boleh memberikan keterangan tentang fakta-fakta lain yang berkaitan dengan insiden itu. Namun begitu, keterangan yang diberikan mestilah berdasarkan kepada pemerhatian mereka sendiri dan tidak boleh ditokok tambah.
saksi-saksi ini akan membantu mahkamah dalam memahami peristiwa atau kejadian yang telah berlaku.
Oleh itu, saksi hendaklah berkata benar sewaktu memberikan keterangan di mahkamah. Ini adalah kerana keterangan daripada saksi akan membantu mahkamah dalam menghuraikan peristiwa yang telah berlaku. Keterangan daripada saksi ini juga boleh mempengaruhi sabitan terhadap tertuduh. Saksi yang berkata benar akan memastikan keadilan dapat dicapai dalam suatu perbicaraan jenayah.


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►